Jom klik sini.....

Friday, 23 March 2012

Roti halia






Hari ini saya akan kongsi satu lagi resepi ringkas yang boleh anda cuba...


ROTI HALIA
Bahan-bahannya....

225g tepung
3cmb. yis segera
2 cmt. baking powder
2 cmt. serbuk halia
1/2 cmt soda bikarbonat
1/2 cmt. garam
100g gula merah
75g mentega
175g cecair golden syrup
150 ml susu
1 biji telur



cara buat macam biasalah.....

  • Campurkan tepung, yis segera, baking powder, serbuk halia, soda bikarbonat, garam dan gula dalam sebuah bekas.
  • Gaul rata campuran tadi.
  • Masukan mentega yang dipotong dadu. Cubit-cubit adunan sampai menjadi seperti serbuk roti.
  • Pukul telur dalam bekas berasingan, dan campurkan dalam adunan berselang-seli dengan susu dan golden syrup.
  • Uli adunan selama lebih kurang 15 minit.
  • Bahagikan doh menjadi bulat-bulat sebesar telur.
  • Canai adunan sehingga leper dan kemudian gulung seperti gambar di atas.
  • Susun dalam loyang, bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah selsius.

Selamat mencuba!!!

hubungi saya...

sebarang pertanyaan, sila e-mail ke d.arlyn.resources@gmail.com

atau boleh hubungi saya terus di talian
019-6775236 (sms/whatsapp sahaja)

Kami beroperasi 24 jam
.