Jom klik sini.....

Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Tuesday, 25 September 2012

Tuesday, 18 September 2012

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum, semua....
Ini pula adalah kek dan blueberry apam yang telah di hantar ke Kuala Lumpur. Moist Chocolate Cake dengan buttercream icing, coklat parut dan coklat ganache.  Kek ini ada dua lapisan.  Di tengahnya ada whipping cream dan taburan coklat. Best tau.... Jom cuba!



Coklat Moist Cake
Dihias dengan buttercream, coklat parut dan chocolate ganache
Blueberry Apam

Friday, 14 September 2012

Apam Polkadot

Tempahan dari jiran sebelah rumah (200 biji polkadot) untuk majlis di pejabatnya.  Terima kasih kak, kerana sudi order.  Polkadot ini mempunyai rasa berbeza mengikut warna.  Pink rasa strawberry, purple rasa blueberry, kuning rasa pineapple, biru rasa lemon.  Filling yang digunakan adalah filling khas (bukan jem biasa).  Untuk kali ini saya gunakan blueberry filling.  Antara lain, anda boleh pilih chocolate filling, pineapple, strawberry, peanut butter atau kacang merah. Paling nyata, polkadot yang saya sediakan tidak berbau telur... Jom cuba!


 



Thursday, 9 August 2012

Resipi Apam Pandan






Assalamualaikum semua....
Lama rasanya kita tidak bertemu..  Di bawah ini adalah apam pandan, apam strawberi, dan apam coklat.  Untuk semua, saya sertakan resepi apam pandan yang mudah untuk dicuba.  InsyaAllah, lembut dan sedap.




Resepi Apam Pandan:

1 cawan gula

3 biji telur

1/2 sudu besar ovelette

2 cawan tepung

1/2 cawan santan yang dikisar bersama beberapa helai daun pandan

Cara membuatnya:

  1. Pukul telur, ovelette dan gula hingga kembang.

  2. Masukkan tepung dan santan, kemudian kacau hingga sebati.

  3. Masukkan di dalam acuan yang sesuai.

  4. Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.

  5. Sedia di hidang!

 

Sunday, 15 July 2012

Apam Polkadot


Selamat Pengantin Baru buat En Jazlan dari Gemencheh, Negeri Sembilan.  Semoga berkekalan hingga ke hujung usia.  Terima kasih atas tempahan dan harap berpuas hati.  Lain kali boleh order lagi (jangan serik, ya....).  Begitu juga buat Saudari Izah dari Maybank Klang (ini kali ke dua Cik Izah buat tempahan).  Harap berpuas hati.  Terima Kasih yang tidak terhingga atas segala sokongan.

Apam Coklat, Bahulu Polkadot dan Apam Strawberry.


Assalamualaikum, semua.  Ini adalah contoh apam coklat dengan chocolate filling.  Manakala di bawahnya pula adalah bahulu polkadot (lebih tahan lama berbanding apam dan rasanya juga tidak kurang sedap), serta strawberry apam.




Apam Coklat
Bahulu Polkadot

Strawberry Apam

Friday, 29 June 2012

Polkadot, Spiral and Strawberry Apam.


Terima kasih kepada semua yang telah membuat tempahan.  Jangan serik untuk order lagi, ya....

 
 


Pakej harijadi untuk 30 org tamu kecil (RM150).




Kek Dengan Dekorasi Pilihan




Strawberry Apam Dengan Filling



Buat si kecil yang dirai.


 


30 bungkus doorgift buat tamu kecil.


Saturday, 16 June 2012

Spiral and Polkadot Apam


Assalamualaikum...
Apam polkadot lagi... Mungkin ramai yang belum tahu.. Sebenarnya apam polkadot yang saya hasilkan ada rasa yang berbeza.  Setiap warna mewakili satu rasa.  Warna pink mewakili rasa strawberry, warna hijau rasa ros, biru rasa lemon, warna coklat rasa mocha, oren rasa oren, kuning rasa pineapple, purple rasa blueberry manakala putih, rasa vanilla.  Saya juga menerima tempahan apam yang tidak berperisa jika itu yang diminta pelanggan.  Warna yang saya gunakan juga tidak terlalu pekat sebab saya tak sampai hati nak beri anda makan pewarna banyak-banyak.  Walaubagaimanapun, jika anda meminta untuk saya hasilkan apam polkadot yang berwarna terang, permintaan anda tetap akan saya tunaikan (tanpa sebarang caj tambahan).
Untuk filling, pelbagai perisa disediakan untuk anda pilih.  Antaranya strawberry, blueberry, coklat, kacang merah dan pineapple.

Thursday, 14 June 2012

Blueberry and Srawberry Polkadot


Assalamualaikum, semua....
Ini adalah contoh doorgift apam polkadot.  Sebenarnya polkadot bukan sahaja sesuai dibungkus kecil sebagai doorgift, malah boleh juga diletakkan di dalam bekas seperti telap-telap kuih dan dihidangkan di meja untuk menjamu para tamu.  Adat Melayu, bila mengadakan majlis makan-makan kebiasaannya tuan rumah akan menyediakan pencuci mulut.  Selalunya agar-agar atau puding menjadi pilihan.  Tapi bagi tuan rumah yang inginkan kelainan sesuai dengan citarasa semasa, apam polkadot boleh menjadi ganti.  Saya juga sedia menerima tempahan bahulu berinti untuk sebarang majlis.  Bahulu berinti lebih tahan lama dan tidak kurang menarik berbanding apam polkadot. Akan saya tunjukkan contoh dilain catatan, InsyaAllah...







hubungi saya...

sebarang pertanyaan, sila e-mail ke d.arlyn.resources@gmail.com

atau boleh hubungi saya terus di talian
019-6775236 (sms/whatsapp sahaja)

Kami beroperasi 24 jam
.