Jom klik sini.....

Tuesday 30 April 2013

Marshmallow

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz potongan ) <--sumber dari My Resepi (shamen) copy bulat2.. hehe.. tq shamen...

  • 1/4 cawan tepung jagung**
  • 1/3 cawan confectioner sugar **
  • 21gm gelatin
  • 1/3 cawan air
  • 2/3 cawan gula
  • 1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna (optional)

Cara-cara

  1. Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
  2. Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
  3. Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
  4. Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar & bahagian teping loyang.
  5. Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.
  6. Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  7. Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.







hubungi saya...

sebarang pertanyaan, sila e-mail ke d.arlyn.resources@gmail.com

atau boleh hubungi saya terus di talian
019-6775236 (sms/whatsapp sahaja)

Kami beroperasi 24 jam
.