Assalamualaikum semua...
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk memilih nozzle. Berdasarkan pengalaman, nozzle jenis stainless steel lebih tahan lama berbanding tembaga. Malah, harganya juga jauh lebih rendah. Saya lebih suka memilih yang kecil-kecil. Pada saya, yang kecil lebih praktikal kerana bukan sahaja boleh digunakan pada cupcakes, malah ianya juga boleh digunakan untuk mendekorasi kek yang besar. Segalanya bergantung atas kreativiti kita...
Koleksi peribadi saya untuk permulaan. |