Jom klik sini.....

Friday, 30 March 2012

Arlyna's Pizza




Arlyna's Pizza.




Untuk kulit pizza:
500g tepung gandum
sebungkus yis segera
1 1/3 cawan air
sedikit garam dan gula

Untuk Isi:
sosej ayam yang dihiris kasar (semestinya yang halal)
lada benggala (kali ini saya potong dadu supaya anak-anak tak perasan)
bawang besar yang dipotong dadu (boleh juga dihiris bentuk gegelang)
jeruk zaitun atau nenas/nanas kiub
keju mozarella (susah nak cari yang halal tapi insyaAllah ada.. hati-hati ya...)

Cara membuatnya:
  • Gaul tepung dan yis, kemudian masukkan gula dan garam yang dah dilarutkan dengan air.
  • Uli dalam 10 minit. 
  • Biarkan doh mengembang sekali ganda kemudian uli lagi dalam 10 minit.
  • Canai doh.
  • Letak diatas dulang pembakar.
  • Ratakan dan cucuk-cucuk permukaan doh dengan garpu supaya tak terdapat gelembung udara.
  • Kemudian taburkan sosej ayam, lada benggala, bawang dan jeruk zaitun.
  • Akhir sekali tutup isi pizza dengan taburan keju.
  • Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu (pada suhu 200darjah selsius) selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.

Sekian... Selamat mencuba....


hubungi saya...

sebarang pertanyaan, sila e-mail ke d.arlyn.resources@gmail.com

atau boleh hubungi saya terus di talian
019-6775236 (sms/whatsapp sahaja)

Kami beroperasi 24 jam
.