Jom klik sini.....

Showing posts with label keluargaku. Show all posts
Showing posts with label keluargaku. Show all posts

Thursday, 20 December 2018

Tuesday, 4 September 2012

Mickey Mouse Cake and Lollichoc



Assalamualaikum, semua...
Ini adalah kek Mickey Mouse yang saya buat untuk jamuan makan keluarga saya.  Ianya sesuai untuk majlis ulangtahun kelahiran si kecil (lelaki).  Untuk kanak-kanak perempuan, saya juga boleh menyediakan kek Minnie Mouse.  Tersedia solo atau dengan pakej yang merangkumi doorgift, cupcakes (tema mickey mouse) dan sebagainya mengikut pilihan anda.  Untuk tempahan kurang dari 50 orang jemputan, harga pakej biasanya tidak lebih dari RM200 (bergantung permintaan).  Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 016-677 5236.



Wednesday, 29 August 2012

Red Velvet Cake With Cream Cheese


 Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-33 buat suami tercinta, Arbaie Hashim.  Moga dianugerahkan Allah kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia, Amin...



Thursday, 26 July 2012

Selamat Berpuasa Dari Kami-- Arlyna Nasyafi


Assalamualaikum, semua.....

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan salam Ramadhan buat semua yang mengunjungi blog saya ini.  Walaupun agak sedikit ketinggalan.  Maklum sahaja... sebagai ibu, isteri dan hamba Allah, masa adalah segalanya.  Tiada istilah waktu terluang.  Segalanya terhad. 

Di bulan yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita berusaha mencari redha Illahi.  Semoga Allah lindungi kita semua dari segala keburukan duniawi.  Moga kita terhindar dari segala bentuk maksiat dan kelak terselamat dari api neraka Allah hendaknya. Aamiinn...

Di kesempatan ini, saya memohon berjuta keampunan dari semua jika ada penulisan saya yang tidak disenangi.  Saya hanya manusia biasa yang tak lekang dari kesalahan.  Salam ukhuwah saya ucapkan...


Tuesday, 19 June 2012

Arlyna's Pizza



Arlyna's Pizza yang sarat dengan keju dan buah zaitun.





Wednesday, 9 May 2012

Donut untuk anak-anak

Assalamualaikum, semua...
Tak tahu kenapa si kecilku asyik merengek minta donut.  Dah hampir seminggu rasanya.  Terlalu sibuk sampai tak dapat nak penuhi permintaan.  Namun Alhamdulillah... curi-curi masa akhirnya tertunai juga. Walaupun donut-donutku berwajah lain macam (tak kemas), tapi si kecil tetap nampak happy.  Terima kasih,sayang.. Sebab hargai..... Insya-Allah lain kali akan jadi lebih cantik.









Thursday, 3 May 2012

Hari ulangtahun ke lima putera tunggalku.....

Assalamualaikum,semua....
30 April 2012... Genap lima tahun umur satu-satunya anak lelaki kami.  Selamat hari lahir, sayang.... Hanya kek simple ni yang sempat  dibuat...  Walau pada asalnya macam-macam yang dirancang..memandangkan kita balik ke Melaka. 


Potong kek di rumah nenek.












Saturday, 31 March 2012

coklat untuk majlis harijadi jiran baru....



Happy birthday to Erisya and Daniel.....




Perisa baru ni... Strawberrynya lebih terasa.

Macam biasa... dark chocolate paling mendapat sambutan.

Strawberry/dark chocolate/milk chocolate

Empat sekawan. Dari kiri, strawberry+milk choco,white choco+dark choco, strawberry+white choco+dark choco,white choco+milk choco.

Bentuk bunga ros

White chocolate

Sebahagian dari doorgift yang disediakan oleh tuan rumah...

Wajah anak-anak yang terlepas acara potong kek...

Friday, 30 March 2012

Arlyna's Pizza




Arlyna's Pizza.




Untuk kulit pizza:
500g tepung gandum
sebungkus yis segera
1 1/3 cawan air
sedikit garam dan gula

Untuk Isi:
sosej ayam yang dihiris kasar (semestinya yang halal)
lada benggala (kali ini saya potong dadu supaya anak-anak tak perasan)
bawang besar yang dipotong dadu (boleh juga dihiris bentuk gegelang)
jeruk zaitun atau nenas/nanas kiub
keju mozarella (susah nak cari yang halal tapi insyaAllah ada.. hati-hati ya...)

Cara membuatnya:
  • Gaul tepung dan yis, kemudian masukkan gula dan garam yang dah dilarutkan dengan air.
  • Uli dalam 10 minit. 
  • Biarkan doh mengembang sekali ganda kemudian uli lagi dalam 10 minit.
  • Canai doh.
  • Letak diatas dulang pembakar.
  • Ratakan dan cucuk-cucuk permukaan doh dengan garpu supaya tak terdapat gelembung udara.
  • Kemudian taburkan sosej ayam, lada benggala, bawang dan jeruk zaitun.
  • Akhir sekali tutup isi pizza dengan taburan keju.
  • Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu (pada suhu 200darjah selsius) selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.

Sekian... Selamat mencuba....


Friday, 23 March 2012

Roti halia






Hari ini saya akan kongsi satu lagi resepi ringkas yang boleh anda cuba...


ROTI HALIA
Bahan-bahannya....

225g tepung
3cmb. yis segera
2 cmt. baking powder
2 cmt. serbuk halia
1/2 cmt soda bikarbonat
1/2 cmt. garam
100g gula merah
75g mentega
175g cecair golden syrup
150 ml susu
1 biji telur



cara buat macam biasalah.....

  • Campurkan tepung, yis segera, baking powder, serbuk halia, soda bikarbonat, garam dan gula dalam sebuah bekas.
  • Gaul rata campuran tadi.
  • Masukan mentega yang dipotong dadu. Cubit-cubit adunan sampai menjadi seperti serbuk roti.
  • Pukul telur dalam bekas berasingan, dan campurkan dalam adunan berselang-seli dengan susu dan golden syrup.
  • Uli adunan selama lebih kurang 15 minit.
  • Bahagikan doh menjadi bulat-bulat sebesar telur.
  • Canai adunan sehingga leper dan kemudian gulung seperti gambar di atas.
  • Susun dalam loyang, bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah selsius.

Selamat mencuba!!!

hubungi saya...

sebarang pertanyaan, sila e-mail ke d.arlyn.resources@gmail.com

atau boleh hubungi saya terus di talian
019-6775236 (sms/whatsapp sahaja)

Kami beroperasi 24 jam
.