Assalamualaikum,semua...
Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat semua ibu yang membaca blog saya ni...Semoga dianugerahkan Allah ketenangan hati dan kesihatan yang berpanjangan, InsyaAllah... Sempena hari ibu ni, saya hanya sempat menyediakan sebiji kek yang ringkas buat ibu mertua. Tak sempat nak buat cantik-cantik memandangkan suami lambat beritahu nak bawa kami semua balik ke rumah ibunya. Nak ucap selamat hari ibu katanya. Kek mula dibuat selepas Zuhur. Siap dihias hampir Maghrib. Alhamdulillah...Walaupun pada asalnya nak buat bunga ros warna merah hati yang segar menguntum. Akhirnya hanya sempat buat bunga bulat-bulat sahaja.. Kek kali ini dua rasa. Bahagian bawah blueberry cake dan yang atas lemon cake. Di bahagian tengah saya letak cheese cream.
Chocolate sponge cupcakes (simple deco) |