Jom klik sini.....

Friday 6 December 2013

Resipi Red Velvet dgn mascarpone cheese

Red velvet cake dgn marcarpone cheese. Sedap... yg tak minat mkn kekpun boleh bertambah bila mkn...

Bahan-bahan:

5 biji telur
250g mentega
3 cwn tepung naik sendiri} ayak
3 sudu bsr serbuk koko berkualiti} ayak
2 cawan gula kastor
4 sudu besar pewarna merah
1 cawan buttermilk} dibuat dari 240ml susu segar yg ditambah dgn 2 sudu cuka buah-jangan dikacau. Biarkan cuka larut sendiri dlm susu
1 sudu teh garam} ayak bersama tepung
1 sudu besar bikarbonat of soda
1 sudu besar cuka buah.

Method:
1- Pukul gula dan mentega hingga kembang. 
2-Masukkan telur. Pukul lagi guna kelajuan tinggi.
3-Masukkan buttermilk. Kacau sebati.
4-Masukkan bahan2 yg sudah diayak (tepung, serbuk koko, garam). Kaup balik adunan. Jgn terlebih kacau. 
5-Larutkan bikarbonat of soda ke dalam cuka buah (dlm bekas lain yang sesuai). Larutan ini akan berbuih. Terus tuang ke dalam adunan. Kaup balik sekali lagi agar sebati.
6-Masukkan dlm loyang yg dah dialas dgn baking paper. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 Degree Celcius. 

Untuk topping:

30g butter
227g cream cheese
227g mascarpone cheese
2 sudu bsr perahan lemon
1 cawan gula aising} diayak terlebih dahulu
1/2 cawan whipping cream

Pukul semua bahan menggunakan kelajuan tinggi hingga kembang.
Butter~cream cheese~mascarpone cheese~whipping cream~gula aising~lemon-ikut aturan.

Selamat mencuba...!

hubungi saya...

sebarang pertanyaan, sila e-mail ke d.arlyn.resources@gmail.com

atau boleh hubungi saya terus di talian
019-6775236 (sms/whatsapp sahaja)

Kami beroperasi 24 jam
.